Ini Resepi Kalio Ayam Minang, Sesuai Dinikmati Bersama Keluarga



Sebaran :

Mungkin ramai lagi tak tahu yang perkataan kalio memberi maksud hidangan yang dimasak seolah gulai, namun kuahnya pekat seperti kuah rendang. Kalio ayam ini ialah masakan yang berasal dari Minang, Indonesia. Masakan kalio ni korang boleh menggunakan ayam dan daging. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azila Alwi di Cookpad!

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN



AYAM KALIO MINANG

Mungkin ramai lagi tak tahu yang perkataan kalio memberi maksud hidangan yang dimasak seolah gulai, namun kuahnya pekat seperti kuah rendang. Kalio ayam ini ialah masakan yang berasal dari Minang, Indonesia. Masakan kalio ni korang boleh menggunakan ayam dan daging. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Azila Alwi di Cookpad!

BAHAN A
  • 1/2 ekor ayam

  • 2 sudu besar cili kering kisar



  • 1 mangkuk santan

BAHAN B (BAHAN KISAR)
  • 10 ulas bawang kecil merah

  • 4 ulas bawang putih



  • 1/3 inci halia

  • 1/2 inci lengkuas

  • 1/2 inci kunyit hidup



  • 1 keping asam jawa

  • Daun kunyit

  • Daun limau purut



  • 2 batang serai

Kredit : Azila Alwi

CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup dan cili kering.

  • Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama serai sehingga naik minyak.

  • Apabila cili telah garing masukkan ayam dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan dan kacau.

  • Setelah mendidih masukkan garam kasar, daun limau purut serta daun kunyit.

  • Masak sehingga kuahnya menjadi sikit dan berminyak. Siap untuk di hidangkan.

    Credit: MyResipi.com


Sebaran :


Leave a Reply