Datuk Ahmad Yakob, MB Kelantan masuk hospital



Sebaran :


KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini sejak semalam.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mohd. Asri, beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di HUSM semalam akibat kekurangan rehat dan keletihan beberapa hari sebelum ini.



“Susulan pemeriksaan tersebut, beliau dinasihatkan untuk berehat di hospital bagi pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital.

“Beliau dijangka keluar dari hospital esok dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat,” katanya.

Tambah Mohd. Asri, Pejabat Menteri Besar Kelantan merakamkan penghargaan atas keprihatinan semua pihak mengenai tahap kesihatan beliau. K Online




Sebaran :


Leave a Reply