Selaras undang-undang darurat, perlembagaan atas kuasa Agong

Sebaran :

PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Bastion Pius Vendargon mencadangkan Ordinan Darurat dan Perlembagaan Persekutuan mengenai Agong menetapkan tarikh bagi persidangan Parlimen diselaraskan.

Walaupun Ordinan Darurat membenarkan Agong memanggil Parlimen bersidang, perlembagaan hanya membenarkannya berbuat demikian atas nasihat perdana menteri.

Vendargon berkata, walaupun “belum pernah diuji sebelum ini” dan negara ini masih berada bawah perintah darurat, hal itu dapat dilakukan kerana Agong adalah raja berperlembagaan yang bertindak atas nasihat perdana menteri atau Kabinet, kecuali dinyatakan sebaliknya.

Katanya, sekiranya seseorang menganggap Seksyen 14 Ordinan Darurat secara harfiah, maka Agong boleh menetapkan tarikh Parlimen bersidang tanpa nasihat perdana menteri

“Bagaimana pula dengan prinsip perlembagaan? Kita tidak pernah mengujinya untuk menyelaraskan keduanya dalam perkara ini.

“Agong tidak lagi mempunyai watak sama dalam Perlembagaan Persekutuan. Baginda ialah raja berperlembagaan. Dan kedua-duanya dapat diselaraskan,” katanya kepada FMT.

Verdagon mengulas kenyataan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Agong mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi Parlimen kembali bersidang tanpa memerlukan perdana menteri.

Verdagon berkata, Seksyen 14 (1) Ordinan Darurat menyatakan selama darurat berkuat kuasa, peruntukan berkaitan dengan memanggil Parlimen untuk bersidang, digantung dan dibubarkan dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan memberi kesan.

Kedua, Parlimen akan dipanggil bersidang, digantung dan dibubarkan pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong, katanya.

“Sekiranya kita membacanya (Ordinan Darurat) secara harfiah, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa.

“Tetapi kita mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang berkata Agong bertindak atas nasihat perdana menteri atau Kabinet,” katanya.

Ketika darurat, Verdagon berpandangan, walaupun belum pernah diuji sebelum ini, menyelaraskan keduanya adalah yang terbaik dan “tidak menimbulkan konflik antara ordinan dan perlembagaan”.

Ahli Majlis Peguam Andrew Khoo berkata, walaupun tidak disebutkan dalam Artikel 55, Agong boleh dengan sendiri memanggil Parlimen bersidang.

“Baginda sekurang-kurangnya perlu berunding dengan perdana menteri, sebagai ketua Dewan, perlu memberi nasihat kepada Parlimen mengenai tarikh untuk semua sesi persidangan itu,” katanya kepada FMT.

Tetapi Khoo berkata, ini perlu dilakukan sekurang-kurang.


Sebaran :

Leave a Reply