PRU-15: Parti Warisan Bertanding di Semenanjung, Shafie Apdal Akan Tentukan

 

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada presiden parti Shafie Apdal untuk memutuskan sama ada mereka akan bertanding di Semenanjung pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan parti sebelum PRU namun sebarang keputusan hanya akan diumumkan Shafie.

“Biar presiden (Shafie) tentukan, kami akan berbincang dan kalau ‘okay’…biar presiden tentukan,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Warisan memutuskan untuk mengembangkan sayap ke Semenanjung dengan membawa tema perpaduan.

Pada perhimpunan agung tahunan Warisan tahun lalu, Loretto dalam ucapannya turut berpendapat tema perpaduan atau lebih dikenali sebagai “unity” bakal mendapat sambutan hangat daripada masyarakat di Semenanjung.

Sementara itu, Loretto berkata persiapan Warisan untuk menghadapi PRU bukan saja berjalan lancar malah bermula lebih awal.

“Kita sudah jangka PRU akan diadakan pada bila-bila masa atau selepas pandemik Covid-19 ini berakhir.

“Jadi, soal persiapan memang kami lakukan lebih awal, Warisan sudah bersedia,” katanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker