Gelaran Ustaz Kazim Elias Dipertikai, Peminat K-Pop Mahu Lindungi Ustaz Kazim Elias

Susulan daripada isu melibatkan pelakon dan pengacara Janna Nick, peminat artis Korea (K-Pop) terus hangat diperkatakan.

Ustaz Kazim Dikecam

Terbaru, trending di laman Twitter ketika ini mengenai tanda pagar #protectustazkazimelias yang mana difahamkan turut dikaitkan dengan peminat K-Pop. Ini berikutan pendakwah, Dato’ Ustaz Kazim Elias mendedahkan bahawa terdapat segelintir individu telah cuba mengecamnya di laman Facebook serta turut mempertikaikan gelaran ‘Al-Hafiz’ yang digunapakainya.



Rasanya tak pernah saya kacau depa, tak kenal pun..tapi sedap sungguh mengata. Alhamdulillah…” tulisnya

Peminat K-Pop Mahu Lindungi Ustaz Kazim

Lantaran itu, sekumpulan peminat K-Pop telah menyeru kepada semua peminat yang lain agar bersama-sama ‘melindungi’ pendakwah terkenal itu daripada terus dikecam.

Malah rata-rata peminat yang beragama Islam turut bersepakat bahawa meeka turut bersedih melihat Ustaz Kazim dikecam sedemikian.



Meninjau ke ruangan komen hantaran Ustaz Kazim, rata-rata pengikutnya di laman Facebook mengharapkan agar dirinya terus kuat menghadapi kecaman-kecaman dan beranggapan ia seperti ujian buat dirinya dalam menyebarkan mesej kebaikan.-Murai.my

Ustaz Kazim Mahu Bertemu Pendakwah Selebriti



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker