Encik Sajat bakal ‘Ke Dalam’ setelah Mahkamah keluarkan waran tangkap

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii terhadap Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Menurut sumber, prosiding hari ini dijadualkan jam 9 pagi untuk sebutan semula kes, namun kelibat usahawan kontroversi itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding.

Dalam pada itu, peguam, Zur Zabuddin Budiman ketika ditemui di luar mahkamah berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun beliau diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak.

Disebabkan itu katanya, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

“Saya tunggu juga Nur Sajat, tetapi dia tak datang.

“Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi,” katanya.

Selain Zuri Zabuddin, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib, Azlina Che Hasan dan Amirah Zainal.

Kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie, Atras Mohd Zain.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.

Sebelum itu satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Nur Sajat menangis dalam keadaan bergari.

Beliau menerusi Instagram miliknya mendakwa, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS di sini.

Muhammad Sajjad, 36, turut mendakwa, dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

Dalam pada itu, JAIS mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Muhammad Sajad.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker