“BIARLAH SAH DAHULU BARULAH KONGSI” – HANNAH MOHON MAAF, AKUI SUAMI BANYAK BIMBING

 

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini.

“Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulukan yang wajib. Itu yang lebih utama,” demikian kata pelakon dan penyanyi Hannah Delisha yang mengakui selama ini dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsikan kisah peribadi kepada umum.

Berita penikahan Hannah dengan pasangan pilihannya, Imam Shah semalam ternyata mengejutkan ramai. Hannah meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya dengan suami yang juga pelakon di Singapura berjalan lancar. Kata Hannah, mereka memilih untuk melakukan perkara wajib terlebih dahulu.



Image_2.jpg

Mengenali Imam Shah sejak berlakon bersama menerusi satu drama di Singapura lima tahun lalu, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata suaminya yang banyak mendorongnya ke arah keagamaan.

“Saya kenal Imam ketika kami menjalani penggambaran drama bersiri berjudul ‘Faculty’ di Singapura lima tahun lalu. Imam seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar.

“Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” ujarnya.



Image_3.jpg

Dalam pada itu, Hannah turut memohon peminat supaya mendoakan rumah tangganya dan terus menyokong kejayanya. Ujarnya, dia akan mengumumkan majlis bersanding kelak.

“Saya pohon semua untuk mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes Covid-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan kongsi tarikh majlis bersanding,” tuturnya.



ISTERI SHUK: “BIARLAH HILANG SEGALANYA… DARIPADA LUPA SAYA & ANAK-ANAK”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker