Jangan hairan desakan APHR, 25 ahlinya bukan wakil rakyat – Penganalisis

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusof

Seramai 25 daripada 90 ahli Parlimen dari tujuh negara ASEAN yang menggesa Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri membenarkan Parlimen bersidang secepat mungkin bukan lagi wakil rakyat.

Senarai nama 90 ahli Parlimen termasuk dua dari DAP itu mendakwa mewakili sebuah organisasi ahli Parlimen ASEAN untuk Hak Asasi Manusia (APHR) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan antara pengasasnya ialah Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Menurut penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff, tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan desakan di bawah APHR itu.

Ini kerana, katanya, ahli Parlimen Malaysia yang menjadi pengasas APHR bersama lima ahli Parlimen negara Asia Tenggara lain pada 2013 merupakan dua pemimpin DAP iaitu Kit Siang dan Charles Santiago selaku pengerusi.



“Apakah pelik namanya jika ahli-ahli Parlimen dari sebuah badan yang diketuai ahli Parlimen DAP, sebuah parti yang pastinya akan memperoleh keuntungan jika imej kritik kerajaan kita tercemar, mengeluarkan kenyataan bersifat seperti itu?

“Yang pelik laporan sebuah portal mesra pembangkang, cuba mengelirukan rakyat kononnya 90 ahli Parlimen APHR menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

“Ini kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukan lagi ahli Parlimen tetapi mantan ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mantan itu ialah 12 wakil rakyat dari Kemboja iaitu Botta Long, Dang Chamreun, Heng Danaro, Ho Vann, Kong Saphea, Long Ry, Men Sothavarin, Mu Sochua, Nuth Rumduol, Sam Rainsy, Sor Chandeth dan Tioulong Saumura.



Empat mantan ahli Parlimen dari Thailand ialah Chamnan Chanruang, Kasit Piromya, Kunthida Rungruengkiat dan Pannika Wanich.

Ini diikuti tiga mantan ahli Parlimen dari Filipina iaitu Antonio  F. Trillanes IV, Teddy Brawner Baguilat Jr. dan Tomasito S. Villarin.

Begitu juga tiga ahli Parlimen dari Indonesia iaitu Eva Sundari, Lena Maryana Mukti dan Meity Magdalena manakala dua dari Myanmar ialah Kyaw Min San dan Shwe Maung serta seorang dari Singapura, Braema Mathiaparanam.

Bilangan tujuh negara ASEAN yang dikatakan lapan daripada mereka menandatanganinya juga bukan ahli Parlimen negara-ngara ASEAN tetapi Ahli Parlimen Timor-Leste yang bukan merupakan sebuah negara di bawah ASEAN.



Mereka ialah Abel Pires da Silva, Adérito Hugo da Costa, António de Sá Benevides, Domingas dos Santos, Elvina Sousa, Francisco de Vasconcelos, Maria Angelina Lopes Sarmento dan Rosalina Ximenes.

Ujar Kamarul, adalah agak memalukan jika benar usaha memburukkan imej kerajaan dengan cuba membabitkan sokongan pihak daripada luar negara itu didalangi oleh pemimpin DAP. – MG

90 Ahli Parlimen Dari 7 Negara Asean Gesa Parlimen Malaysia Kembali Bersidang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker