Tuan Guru Hadi Awang Dikejarkan Ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya
Pada 15 FEB 2021 jam lebih kurang 1950 Dato’ Seri Haji ABDUL HADI bin AWANG – Presiden PAS telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital PUTRAJAYA akibat sesak nafas. Turut hadir di Hospital Putrajaya adalah Datuk Seri TAKIYUDDIN bin HASSAN – Menteri JPM (Undang-Undang).
Doktor memaklumkan bahawa keadaan beliau stabil. Jantung beliau lemah berkemungkinan disebabkan dalam keadaan penat.
Doktor telah memaklumkan bahawa DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG akan dirujuk ke IJN untuk rawatan susulan. Beliau akan membuat swab test di IJN.
Pada jam 2125, DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG telah dibawa dengan ambulan ke IJN KL.
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، أَنْ يُعَافِيه وَيَشْفِيه
You must be logged in to post a comment.