i-Sinar sudah, sekarang moratorium pula – Puteri UMNO



Sebaran :

Susulan kelulusan i-Sinar tanpa syarat, satu lagi perkara yang mesti dilaksanakan segera oleh kerajaan Parikatan Nasional (PN) agar bantuan kepada rakyat dapat diberikan secara lebih efektif, ialah moratorium.

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, moratorium bukan sahaja diperlukan bagi golongan pendapatan rendah atau B40 yang terkesan teruk kesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah turut diperlukan oleh ramai daripada kumpulan M40.

“Jadi, penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik seperti dilaksanakan pada PKP 1.0 dahulu amat diperlukan.

“Hanya yang mampu teruskan pembayaran pinjaman seperti biasa sahaja perlu hubungi bank masing-masing.



“Permudahkanlah urusan rakyat, bantulah rakyat sedang susah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

 

Khamis lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Ini katanya, berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.



Langkah itu diharap dapat membantu ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

 

Sebelum ini, UMNO menyenaraikan dua perkara utama yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan PN dalam meringankan beban rakyat akibat pandemik Covid-19, iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP dan melanjutkan moratorium untuk tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, setelah sekian lama berjuang, baru-baru ini kerajaan mendengar desakan dari UMNO dan bersedia menghapuskan syarat pengeluaran KWSP menerusi i-Sinar. – MG




Sebaran :


Leave a Reply