Twitter takkan benarkan Trump kembali menciap

Bekas Presiden AS Donald Trump tidak akan dibenarkan kembali di Twitter meskipun dia memenangi jawatan presiden dalam pilihan raya negara itu, kata ketua pegawai kewangan syarikat itu Ned Segal lapor Anadolu.

“Polisi syarikat kami sesiapa pun tidak akan dimasukkan semula selepas dikeluarkan dari platform ini tanpa mengira sama ada pengulas, CFO, atau bekas pegawai awam atau masih bertugas,” kata Segal katanya dalam temu bual dengan CNBC.

“Perlu diingat polisi dirancang untuk memastikan pengguna tidak menghasut keganasan, dan jika ada kami harus mengeluarkannya daripada perkhidmatan dan dasar kami tidak membenarkan individu itu kembali,” tambahnya.

Twitter pada 8 Jan menggantung akaun Trump berikutan risiko “melanjutkan hasutan keganasan”.

Tindakan itu diambil dua hari selepas sekumpulan penyokong bilionair itu menyerbu Capitol AS yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang maut.

Trump didakwa oleh Dewan Perwakilan pada 13 Jan dengan tuduhan “menghasut pemberontakan”.

Dia merupakan presiden pertama yang pernah didakwa dua kali dalam sejarah AS.

– Bernama

Leave a Reply