Tular video PN mula cetak bendera: PN hipokrit, kata Anwar


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digelar hipokrit selepas tular satu video yang memaparkan bendera Perikatan Nasional (PN) sedang dicetak yang dipercayai sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Muhyiddin dan dianggap sering berselindung disebalik dakwaan yang kononnya segala yang dilakukan adalah kerana Covid-19.

“Biar saya tekankan ini. (Mereka jawab) Fokus kami ialah Covid-19. Sikap hipokrasi dalam pentadbiran kerajaan adalah jelas, dengan menggunakan darurat. Mereka cuba untuk berselindung.

“Bila orang bertanya, mereka kata ‘tak, ini kerana Covid-19’. Bentang belanjawan? (ini belanjawan) Covid-19. Ini terang-terangan menipu kita.

“Mereka tidak menghiraukan kejatuhan ekonomi dan kesukaran yang dihadapi oleh golongan miskin dan penganggur,” katanya berikutan usaha kerajaan PN mahu mengadakan pilihan raya itu.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian kepada pemberita semasa lawatan kerjanya hari ini.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan bendera PN sedang dicetak dan gambar tangkap layar tarikh pelawaan sebut harga daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa lalu berhubung pembekalan dan penghantaran alat tulis untuk kegunaan PRU-15 Pejabat Pilihan Raya Melaka

Memetik Sinar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berpandangan adalah menjadi satu kebiasaan parti politik untuk mencetak bendera parti.

Bahkan katanya, nak atau tidak, selepas darurat pasti ada Pilihan Raya Kecil (PRK) berlaku. MD

https://mykmu.net/2018/04/09/amaran-kepada-pensabotaj-bendera-barisan-nasional-wilayah-persekutuan-video/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker