Pesta dadah di ‘homestay’, 16 individu termasuk pelajar sekolah direman

 

BUTTERWORTH: Seramai 16 individu, termasuk pelajar sekolah, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian di sebuah pangsapuri di Park View, Jalan Assumption, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kesemua mereka ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan pesta dadah serta sambutan hari lahir, kira-kira jam 1.30 pagi.

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan bunyi bising yang melampau daripada jiran.

Menurut Noorzainy, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 22 tahun, terdiri daripada 7 wanita dan tiga individu bawah umur 17 tahun, sedang leka menari dan berpesta di rumah yang dijadikan rumah inap (Homestay) itu.

Hasil siasatan mendapati, kumpulan remaja berkenaan menyewa rumah inap di situ dengan harga RM180 semalam bagi tujuan menyambut hari jadi salah seorang rakan mereka.

Sewa ‘homestay’ sambut hari jadi, 16 individu termasuk pelajar sekolah direman

Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penjarakan sosial dilakukan dan mereka mengaku berkumpul kerana mahu menyambut hari jadi salah seorang rakan mereka.

Ujian saringan air kencing mendapati 15 daripada mereka positif dadah jenis ketamine, methamphetamine and AMP.

Kes disiasat dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala bagi kesalahan ingkar PKP, mereka berdepan kompaun RM1,000 setiap seorang atas kesalahan melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker