Lepas tembakan selepas jiran nafi lakukan seks dengan isteri


BUKIT MERTAJAM – Berang bekas jirannya menafikan melakukan hubungan seks dengan isterinya, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan ke udara dalam satu kejadian di Sungai Semambu, Kubang Semang di sini semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 pagi, ketika mangsa berusia 30 tahun itu terjaga dari tidur selepas dikejutkan dengan bunyi tingkap rumahnya dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, ia bermula apabila suspek yang bersenjatakan senapang angin pergi ke rumah mangsa sebelum mengugutnya untuk mengaku pernah melakukan hubungan intim dengan isterinya.

“Mangsa yang juga seorang operator kilang itu menafikan dakwaan suspek yang berusia 30-an sebelum suspek tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran.

“Selain itu, suspek juga memberikan amaran agar kejadian tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis sebelum beredar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafee, bertindak atas laporan mangsa, pihak polis menahan suspek termasuk merampas senapang angin tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pernah tinggal di kawasan penempatan yang sama sebelum suspek pindah pada April tahun lalu.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan motif kejadian masih disiasat,” ujarnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seskyen 506 Kanun Keseksaan. MG

Polis buru ahli ‘Geng 21’ libat kes samun, cubaan bunuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker