Buka semula permohonan lesen syarikat kurier, beri rakyat pilihan – Zahid Hamidi

 

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendesak Putrajaya tidak hanya mendengar permintaan syarikat kurier bagi membekukan permohonan lesen syarikat itu sehingga dilihat menjejaskan mutu perkhidmatan ditawarkan kepada pengguna di seluruh negara.

Beliau berkata, kemunculan lebih banyak syarikat akan membuka banyak peluang persaingan sihat kepada industri kurier dan secara tidak langsung mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta menjana peluang pekerjaan.

“Bukankah lebih banyak syarikat perkhidmatan kurier beroperasi lebih baik kepada rakyat kerana memberi lebih pilihan. Ia juga memberi lebih kuasa kepada pengguna, persaingan kualiti perkhidmatan serta menjana lebih banyak peluang pekerjaan.

“Ramai pihak, malah berpandangan industri kurier di Malaysia akan terus berkembang walaupun selepas pandemik Covid-19 berakhir. Ia akan menjadi salah satu perkhidmatan yang menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia di bandar mahupun di desa,” katanya di Facebook.

Zahid berkata demikian merujuk kepada tindakan kerajaan membekukan pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier selama dua tahun, bermula 14 Sept tahun lalu hingga 15 Sept 2022, susulan gesaan rasmi persatuan syarikat kurier sedia ada supaya kerajaan tidak lagi menerima permohonan lesen baharu.

Bekukan pengeluaran lesen baharu penjualan arak, cadang Annuar Musa

“Pembekuan pemberian lesen baharu perkhidmatan kurier dibuat pada waktu permintaan terhadap perkhidmatan itu paling memuncak. Pada waktu pandemik Covid-19 dan PKP inilah perkhidmatan kurier amat diperlukan rakyat.

“Macam-macam perlu dihantar ke sana ke sini selepas berulang kali mereka diberi peringatan terus berada di rumah,” katanya.

Zahid berkata, penilaian kurier tahunan berasaskan indeks pelanggan perkhidmatan industri kurier dua tahun lalu mendapati, kualiti perkhidmatan industri kurier dalam negara mengalami peningkatan 70% pada 2019, berbanding 66% tahun sebelumnya.

Kenyataan itu dibuat selepas tular syarikat perkhidmatan kurier meminta maaf apabila rakaman membabitkan video pekerjanya mengendalikan bungkusan secara kasar tular di media sosial.

“Jadi syarikat itu perlu mengupah lebih banyak pekerja sementara dan hanya memberi latihan asas kepada mereka. Jawapan itu secara tidak langsung membayangkan permintaan sudah melebihi penawaran dalam industri perkhidmatan kurier berikutan wabak Covid-19,” kata Zahid.

Kelab malam: Tutup, tarik lesen, denda & heret ke mahkamah – Menteri Kanan Pertahanan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker