Radzi susah bekerja tanpa gelaran Datuk?


Radzi nafi akui susah bekerja tanpa gelaran “Datuk”

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md. Jidin menyanggah satu status dari media sosial yang mendakwa beliau mengakui susah bekerja tanpa gelaran “Datuk”.

Sambil menyifatkan status berkenaan yang dimuatnaik netizen bernama “Srikandi Malaya” itu sebagai fitnah, katanya, beliau tidak pernah menyebut perkara sedemikian dalam mana-mana kenyataan.

“Ini adalah satu fitnah. Saya tidak pernah menyebut sedemikian.

“Untuk makluman, di Australia, bukan sahaja pensyarah, bahkan juga profesor, umumnya dipanggil nama sahaja.

“Bantu saya hentikan fitnah ini. Kepada pemfitnah, sekiranya lepas di dunia, belum tentu lepas di akhirat kelak,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Netizen Srikandi Malaya dalam statusnya semalam, seperti memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa menteri dan pemimpin yang dipilihnya tidak berwibawa sepenuhnya.

Malah, netizen itu memaparkan status berbunyi, “Menteri Pendidikan akui susah bekerja tanpa gelaran Datuk”, dan “Masa jadi pensyarah di Australia dulu, semua orang panggil saya dengan gelaran Sir”.

Semalam, Mohd Radzi yang merupakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), antara 81 individu yang dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. MG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker