Ayah tiri ‘Adik’ asyik minta maaf – Kakak angkat

MELAKA TENGAH: Suspek lelaki yang juga ayah tiri kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai lemas dalam tong dan didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka berkali-kali mengucapkan kata maaf kepada keluarga angkat kanak-kanak yang lemas di dalam tong air dan dipercayai didera.

Menceritakan hal itu kakak angkat mangsa yang dipanggil ‘Adik”, Tufah Naziha Md Tarmidi, 26, berkata, permohonan maaf lelaki berkenaan diungkapkan ketika mereka bertemu pada proses pengecaman mayat kanak-kanak malang itu di Hospital Melaka hari ini.

Ujar Taufah, ketika pengecaman itu ibunya Norlida Abu Hassan, 50, juga sempat merayu kepada ibu kandung kanak-kanak itu untuk membenarkan anak mereka dikebumikan di kediaman dia membesar di Rawang Selangor.

Bagaimanapun wanita berusia 32 tahun itu hanya menggeleng kepala tanpa berkata apa-apa.



Perkembangan kes kematian kanak-kanak tujuh tahun

Tufah yang juga bekas rakan satu kolej suspek wanita berkenaan berkata, mengenali wanita berkenaan, dia tidak menyangka peristiwa tragis ini terjadi kepada adik angkatnya.

Katanya, wanita itu merupakan graduan diploma bimbingan dan kaunseling yang tamat pengajian di sebuah kolej swasta di Melaka pada tahun 2015.

Terdahulu Astro AWANI melaporkan sepasang suami isteri direman tujuh hari selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia pada petang Jumaat.



Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat itu, pihak polis menerima panggilan daripada bapa tiri mangsa berusia 38 tahun yang mengatakan anaknya itu lemas dalam tong air setinggi 60.9 sentimeter di rumah berkenaan.

Siasatan pihak polis bagaimanapun mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mangsa menemui kesan lebam dan kecederaan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke jabatan perubatan forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

[VIDEO] Warga Nigeria Cuba Rogol Anak Tiri, Cucu Tiri Pula Mati Dicampak Dari Aparment



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker