Bonus hingga 16 bulan bagi kakitangan Sheng Siong

KAKITANGAN Sheng Siong yang layak akan menerima bonus sehingga 16 bulan secara keseluruhan termasuk gaji tahunan tambahan (AWS) bagi 2020.

Dalam satu surat pekeliling kepada kakitangannya minggu lalu, Sheng Siong berkata bonus tersebut sebagai menghargai bahawa syarikat tersebut telah “mencapai kelakonan yang amat baik berbanding tahun-tahun sebelumnya” pada 2020, ekoran permintaan yang tinggi akibat pandemik Covid-19.

Bonus bagi kakitangan Sheng Siong itu antara 4.68 bulan pagi kakitangan separuh masa yang layak (termasuk AWS) hingga 15.72 bulan bagi kakitangan yang menyandang jawatan penolong pengurus atau lebih tinggi, menurut laporan The Straits Times.

Leave a Reply