Stesen RTS Link Utara Woodlands 10 kali lebih besar daripada MRT

 

SINGAPURA: Stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Utara Woodlands di Singapura kira-kira 10 kali lebih besar daripada ukuran biasa stesen Transit Aliran Massa (MRT), kata Menteri Pengangkutan republik itu, Ong Ye Kung.

Beliau berkata, ini kerana stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa serta disahkan CIQ Singapura dan Malaysia di satu hentian.



Singapura pada Jumaat merasmikan Laluan RTS Johor Bahru-Singapura di tapak Utara Woodlands, tepat dua bulan selepas Malaysia mengadakan majlis pecah tanah di tapak Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin Bukit Chagar pada 22 Nov 2020.

Ong berkata, majlis itu menandakan permulaan kerja infrastruktur untuk menghubungkan Singapura dan Johor Bahru melalui LRT, yang lebih hampir dengan MRT berkapasiti sederhana.

“Ini adalah projek dua hala yang signifikan antara Singapura dan Malaysia, yang akan menguntungkan kedua-dua negara dan membantu meredakan kesesakan di Tambak,” katanya di Facebook pada Jumaat.

Laluan RTS adalah perkhidmatan ulang-alik kereta api sejauh 4km antara terminal Singapura di stesen Utara Woodlands dan terminal Malaysia di stesen Bukit Chagar, Johor Bahru.



Ia mempunyai kapasiti luas dan boleh memuatkan sehingga 10,000 penumpang setiap jam sehala.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker