Anwar akhirnya akui GST cukai paling telus

 

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah sistem percukaian paling telus.

Bagaimanapun, ketua pembangkang itu berkata jika ia mahu dikembalikan kajian semula perlu dibuat.



“Saya akui GST satu sistem percukaian dianggap paling telus. Kalau pun nak (laksanakan) GST, harus kaji semula,” katanya dalam bual bicara Minda Profesor Negara edisi bicara negarawan.

Anwar berkata, jika mahu dilaksanakan semula mesti ada pengecualian dan syarat lebih ketat.

Anwar Ibrahim.

“Tidak boleh GST seperti diperkenalkan. Kalau pendapatan bertambah tetapi ia mendera rakyat miskin,” katanya.



Pada 29 Dis lalu Timbalan Menteri Kewangan Abd Rahim Bakri berkata, keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan negara.

Rahim berkata, hasil pendapatan negara berkurangan apabila cukai itu dihapuskan dan digantikan dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Dalam pada itu, Anwar berkata GST boleh dilaksanakan sebaik ekonomi dipacu dengan lebih yakin dan pendapatan rakyat meningkat, namun ia bukan perkara yang perlu disegerakan.

“Semasa saya menjadi menteri kewangan, saya kaji, pengalaman Kanada dan New Zealand. Tetapi masa itu saya tangguhkan. Saya tangguhkan kerana pendapatan kalangan (rakyat) rendah, terlalu rendah,” katanya.



Kerajaan tak berani

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kerajaan tidak berani menyentuh golongan kaya bagi mengurangkan beban rakyat.

Katanya, keuntungan bank dalam setahun dan suku tahun masih tinggi.

“Tak salah saya, 7 hingga 8 bilion untuk suku tahun.



“Takanlah tak boleh membantu menampung beban dipikul rakyat, sebab itu saya tanya menteri kewangan ini mewakili bank atau mewakili rakyat? Tetapi dia tak jawablah, sampaikan tidak berani langsung nak sentuh bank,” katanya.

Anwar berkata, beliau memahami kerajaan tidak perlu mengambil langkah terlalu drastik sehingga bank mengalami kerugian besar kerana bank juga menjadi tunggak dalam sistem yang ada sekarang.

“Tetapi sampai tak berani nak sentuh bank dan memaksa bank untuk ‘adjust’ sedikit, ini dasar yang sangat pro kapitalis, yang membebankan rakyat.

“Jadi, bagi saya harus ada sedikit kesediaan pimpinan negara untuk memanggil tuan punya bank dan menyatakan kamu harus sedia mengurangkan keuntungan kamu, mengurangkan tapi bukan menghilangkan. Daripada RM8 bilion tinggal RM6 bilion apa bendalah sangatkan daripada orang tak ada kerja,” katanya.



Related Articles

One Comment

  1. Kalau nak buat GST, kerajaan mesti tolong orang miskin dengan memberi bantuan seperti BR1M setidak2nya RM2,500 untuk mengimbangi semula kadar perbelanjaan boleh guna golongan tersebut, seperti yang dibuat oleh kerajaan BH dahulu.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker