Nikah Di Balai Polis

Gara-gara ditangkap kerana menjadi suspek kes pergaduhan, seorang lelaki terpaksa melangsungkan pernikahannya di balai polis.

Lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Wahyu, 19, ditangkap bersama beberapa rakannya di Kecamatan Panakkukang, lima hari sebelum tarikh pernikahannya.

Ketua Polis Panakkukang, Abdul Rahman berkata, suspek terbabit dalam kejadian gaduh yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan agak serius.

“Dalam kejadian itu, mangsa bukan saja dipukul, malah telefon bimbitnya juga dicuri. Mereka kemudian menjual telefon bimbit itu,” katanya seperti dilaporkan.

Menurutnya, berikutan tarikh pernikahan yang tidak boleh ditukar, suspek meminta untuk meneruskan upacara pernikahan di balai polis itu.

“Kami menyediakan ruang di surau di balai ini untuk pernikahannya. Disebabkan pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan ramai tetamu, maka anggota polis di balai ini menjadi saksi pernikahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pasangan pengantin itu bagaimanapun perlu berpisah seketika kerana pengantin lelaki perlu berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dilakukan.

“Selepas selesai majlis akad nikah, suspek perlu masuk semula dalam lokap bagi menanti tindakan seterusnya,” katanya.

Nikah tepi van jenazah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker