Covid: Tahap kesihatan Menteri Dalam Negeri jadi persoalan



Sebaran :


TAHAP kesihatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi spekulasi di media sosial.

Kesihatan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikatakan merosot dan dimasukkan ke unit rawatan rawit (ICU) selepas positif Covid-19.

Sebuah poster di media sosial mendakwa kononnya Hamzah telah dimasukkan ke ICU dan ahli keluarganya memohon orang ramai mendoakan kesihatan menteri tersebut agar segera sembuh.



Sementara itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam kenyataannya memberitahu, Hamzah ketika ini sedang menjalani rawatan serta dikuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut kenyataan tersebut, tahap kesihatan Hamzah kini berada dalam keadaan yang stabil.

“Pejabat Menteri Dalam Negeri mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan YB Datuk Seri Hamzah Zainudin.



“Untuk makluman, YB Datuk Seri Hamzah Zainudin kini sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan tahap kesihatan beliau berada dalam keadaan yang stabil.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri memohon agar semua pihak untuk terus mendoakan kesembuhan kepada YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin.

“Sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan YB Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Dalam Negeri,” katanya.



Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu dan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan serta pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). SM


Sebaran :


Leave a Reply