[VIDEO] Imam masjid negeri Selangor Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, ahli keluarganya yang turut positif virus tersebut dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Dalam perkongsian secara langsung di Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah semalam, imam itu berkata dia menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan tersebut.

Katanya antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Sehubungan itu beliau menasihati umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan pandemik tersebut serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Perkongsian beliau mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada Covid-19, melalui video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.

https://mykmu.net/2017/01/14/imam-besar-masjid-nabawi-menyeru-umat-islam-di-malaysia-bersatupadu-dibawah-politik-yang-satu/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker