[VIDEO] Bapa Pengantin Siap Nyanyikan Lagu Untuk Anak, “Kalau Ade Karok….Gerenti Mike Kat Dia Je Ni..Comel Pakcik”
Majlis persandingan di musim PKP dan pandemik ini dilihat tidak boleh dilakukan meriah seperti kebiasaan. Ini bagi mengelak penularan Covid-19, musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan mampu meragut nyawa.
Namun begitu majlis penyatuan dua jiwa dapat juga dilakukan dengan sangat bersederhana. Cukuplah sebagai memori manis untuk dikenang satu hari nanti. Sama seperti majlis yang video mereka tular di sosial media baru-baru ini. Menerusi rakaman itu kelihatan pasangan pengantin sedang memotong kek di depan pelamin ringkas sambil diperhatikan oleh ahli keluarga yang lain.
VIDEO DIBAWAH:-
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Lop7iDzIT8E[/embedyt]
Bukan main semangat lagi bila mendengarkan suara bapa pengantin nyanyikan lagu buat pasangan sejoli ini. Video tersebut telah meraih lebih 384 ribu tontonan dan 62 ribu likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video pasangan pengantin ini di ruangan komen seperti berikut:
Sedap dengar pak cik tu nyanyi. Dah macam imbas zaman atok nenek kite
Tetiba sayu pulak dan sebak. Nyanyian ayah tu sebenarnya doa dari seorang ayah buat anak dan menantunya tu..Touchingnya
Terbaik voice projection pak cik ni. Tak payah pakai microphone
Kredit: HCL
Sanding Sendirian Tanpa Si Dia
You must be logged in to post a comment.