China siasat penemuan Covid-19 dalam aiskrim
SATU siasatan sedang dijalankan di China selepas tiga sampel aiskrim yang diambil telah didapati mempunyai Covid-19
Menurut penyelidik, aiskrim itu dibuat dengan susu tepung dari New Zealand dan serbuk whey dari Ukraine.
Ahli Virologi dari University Of Leeds, Dr Stephen Griffin memberitahu Sky News, kemunculan virus tersebut berkemungkinan datang daripada seseorang.
“Kita juga tidak perlu risau dan menganggap semua aiskrim yang dihasilkan kilang tersebut telah dicemari dengan virus Covid-19,” katanya.
Dalam pada itu, menurut laporan di China, lebih daripada 1,600 pekerja telah menjalani ujian saringan dan dikuarantin.
Selain itu, dianggarkan sebanyak 4,836 kotak aiskrim yang didapati telah tercemar dengan Covid-19 dihasilkan.
Malah, individu yang membeli produk tersebut dalam tempoh tertentu telah diminta untuk pergi melakukan pemeriksaan kesihatan. -SM
“Sedapnya Ice Cream Udang “- Gadis Ini Kongsi Foto Dalam Aiskrim Keladi Ada Lipas Mati