Polis sedia borang permohonan perjalanan PKP, PKPB

Penduduk di kawasan bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan PKP bersyarat (PKPB) boleh meninggalkan negeri dan daerah didiami mereka berdasarkan kebenaran polis.

Dalam pesanan Telegram, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, mereka yang ingin meninggalkan daerah atau negeri perlu mengisi borang.

Borang itu adalah “Borang Permit Pergerakan PKP” untuk kawasan bawah PKP, dan “Borang Permit Pergerakan PKPB” untuk kawasan bawah PKPB

Kawasan bawah PKP adalah Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan berada bawah PKPB.

Untuk memohon, muat turun borang berkenaan dari pautan berikut di laman web polis: Borang Perjalanan PKP dan Borang Perjalanan PKPB.

Isi dua salinan borang berkenaan dengan terperinci, termasuk alasan perjalanan, jumlah orang yang melakukan perjalanan serta tarikh atau masa dijangka meninggalkan kawasan dan kembali.

Kemudian hantar borang yang lengkap ke balai polis terdekat untuk kelulusan.

PKP dan PKPB yang berkuat kuasa selama dua minggu bermula semalam dijadualkan berakhir pada 26 Jan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, beliau mengarahkan anggotanya menggunakan budi bicara untuk membolehkan rakyat kembali ke rumah atau tempat kerja masing-masing dalam masa tiga hari pertama PKP (berakhir esok).-FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker