Jangan henti program bantuan, insentif rakyat, Salleh beritahu Putrajaya


Seorang pemimpin Umno Sabah mengingatkan Putrajaya untuk meneruskan program bantuan dan insentif kepada rakyat, ketika negara berusaha membendung penularan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan di beberapa negeri.

ADUN Usukan Salleh Said Keruak berkata, ramai pihak di pelbagai peringkat terkesan dengan pandemik itu yang merebak ke seluruh dunia.

“Penting untuk bantuan berterusan kepada mereka yang lebih-lebih lagi kurang didedahkan kepada jaringan perlindungan sosial seperti sumbangan PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya di blog, sambil memberi contoh individu bekerja sendiri dan pekerja dalam ekonomi gig, seperti pemandu e-panggilan.

“Peniaga dan penjaja belum pulih sepenuhnya selepas PKP dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Meskipun diberi kelonggaran selepas itu, mereka baru bernafas untuk memulihkan perniagaan masing-masing.”



PKP selama dua minggu yang bermula semalam dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.

PKP bersyarat pula dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala PKP pemulihan di Perlis serta Sarawak.

Salleh berkata, kebimbangan persatuan perniagaan yang bimbang ahli mereka gulung tikar juga perlu diselesaikan Putrajaya menerusi program bantuan dan insentif supaya mereka dapat terus bertahan.

“Dalam keadaan barisan hadapan hampir lumpuh kerana tidak dapat menampung kes yang tinggi, wajib untuk kita sama-sama patuh pada arahan kerajaan, iaitu duduk di rumah, lebih-lebih lagi di kawasan zon merah.



“Insentif dan pakej kewangan yang berpusatkan pekerja wajar juga dilaksanakan agar mereka dapat mengambil lebih ramai pekerja, terutama siswazah baru menamatkan pengajian.” FMT

‘Tiada lagi insentif’ – Mahathir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker