MKN perinci SOP PKP esok, kata Ismail

Terkini di My KMU !!!!---->

PETALING JAYA: Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan memperincikan SOP berhubung perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada 5 petang esok.

Dalam kenyataan beliau berkata, kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kerja Raya juga akan mengumumkan SOP berkaitan mengikut kementerian masing-masing.

Muhyiddin hari ini mengumumkan PKP bagi enam negeri untuk tempoh 14 hari bermula 12.01 tengah malam, Rabu ini hingga 26 Januari.

Enam negeri berkenaan adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan, penamatan PKP diperketatkan (PKPD) di Madrasah Daril Naim, Padang Halban, Mukim Peringat, Kota Bharu, Kelantan dan Kampung Paginatan dan Kampung Maringkan, Ranau, hari ini seperti dijadualkan.

Sementara itu, Ismail turut mengumumkan penamatan PKPD di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA) dan Kuarters Kakitangan Kecuali Pusat Transit Penerimaan (PTP) berkuatkuasa 12 Jan.

Bagaimanapun, PKPD bagi blok penempatan OKT di Pusat Transit Penerimaan (PTP) yang melibatkan Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi (PKRC) dilanjutkan mulai 13 hingga 26 Jan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan melaksanakan 670 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 55 kes positif direkodkan.

“Bagaimanapun terdapat 356 baki sampel saringan masih menunggu keputusan yang melibatkan tahanan di Pusat Transit Penerimaan (PTP) dan tidak melibatkan tahanan lama di blok penempatan serta kuarters kakitangan,” katanya.

Leave a Reply