Pelajar USM bunuh diri.


SIBU – Seorang pelajar perempuan universiti nekad bunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam bilik tidur di rumah keluarga yang terletak di Lorong Bukit Lima di sini, semalam (9 Jan).

Mangsa dikenalpasti sebagai Mo Zhi Zhi, 24, yang berstatus pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Balai Polis Lanang telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar pukul 7.15 pagi.

“Sejurus tiba di lokasi, mangsa dijumpai di dalam keadaan terbaring di atas katil dengan berpakaian lengkap.

“Siasatan terperinci turut mendapati kesan lebam akibat jerutan di bahagian leher si mangsa,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini (10 Jan).

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan William Ting Han How.

Turut ditemui di lokasi kejadian adalah sekeping nota yang bertulisan Cina Mandarin bersebelahan dengan mayat mangsa.

“Di dalam nota itu, si mangsa meminta maaf dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya,” tambahnya.

Pemeriksaan di dalam bilik mendapati tiada sebarang kesan pergelutan dan barang-barang milik mangsa masih dalam keadaan baik.

“Menurut keterangan awal ibubapa mangsa, mereka berdua telah pergi ke bilik tidur si mangsa sekitar pukul 6 pagi sebelum menemui mangsa dalam keadaan terduduk di tepi almari dengan lehernya terjerut bersama sehelai kain tuala yang diikat di tingkap bilik mangsa.

“Bapa mangsa kemudiannya telah menanggalkan jerutan ikatan kain tuala tersebut dan mengangkat badan mangsa dan membaringkannya di atas katil.

“Selepas itu, ibu mangsa telah menghubungi pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut,” jelasnya.

Berdasarkan keadaan mayat, Stanley memberitahu jangka masa kematian adalah kurang dari tujuh jam mayatnya ditemui.

Punca sebenar kematian akan diketahui selepas post mortem dijalankan dalam masa terdekat. K Online

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker