Dua bayi antara 16 kes baru Covid-19 di Sarawak

KUCHING: Dua bayi masing-masing berusia empat bulan dan setahun antara 16 kes baru Covid-19 di Sarawak hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 1,196 orang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, bayi pertama dikenal pasti sebagai kes ke-1,191 yang demam pada 25 Dis lalu dan didapati positif hari ini selepas ujian saringan semalam.

“Bayi kedua yang berumur setahun pula merupakan kes ke-1,181 di negeri ini yang disahkan positif semalam dan dikesan mempunyai kontak rapat dengan satu lagi kes yang dilaporkan sebelum ini.

“Daripada jumlah keseluruhan kes positif hari ini, 10 kes dikesan di Kuching, empat di Miri dan masing-masing satu di Samarahan serta Julau.”

Sarawak turut mencatatkan lima kes pulih hari ini, menjadikan keseluruhan 1,090 pesakit atau 91.14% sudah sembuh setakat ini.

Sementara itu, Kuching bertukar status daripada kuning kepada jingga hari ini susulan 25 kes jangkitan tempatan dilaporkan, manakala Samarahan yang merupakan zon hijau bertukar kepada kuning apabila satu kes baru direkodkan hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker