Pejabat KWSP Miri dipercayai dilempar ‘molotov cocktail’


MIRI: Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terletak di Pusat Komersial Centre Point, Miri, Sarawak rosak selepas dipercayai dilempar dengan bom petrol atau molotov cocktail, pada petang Jumaat.

Memetik laporan Borneo Post, saksi memberitahu kejadian dipercayai dilakukan seorang suspek bermotosikal yang bertindak melempar bom buatan sendiri itu ke arah pejabat berkenaan, seterusnya balingan itu terkena pada ruang di antara tingkat dua dan tiga bangunan itu.

Polis sehingga kini masih menyiasat kejadian berkenaan dan operasi di pejabat KWSP tersebut berjalan seperti biasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker