Pembayaran bulan pertama i-Sinar RM10.07 bilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat ini sudah meluluskan 2.5 juta permohonan i-Sinar daripada jumlah keseluruhan sebanyak 3.88 juta, sejak permohonan di bawah Kategori 1 dibuka bermula 21 Disember lalu.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, jumlah pengeluaran yang diluluskan adalah sebanyak RM19.62 bilion, dengan pembayaran bulan pertama berjumlah RM10.07 bilion yang dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari lalu.

“KWSP maklum bahawa sebahagian besar daripada 1.4 juta permohonan yang masih belum diluluskan, berada di dalam kriteria Kategori 2, yang akan dibuka untuk permohonan mulai 11 Januari ini.

“Bagi ahli yang termasuk dalam Kategori 2, mereka disarankan untuk menyediakan dokumen yang berkaitan seperti slip gaji rasmi yang tertera jumlah keseluruhan gaji atau penyata bank untuk dimuat naik di i-Sinar Online.

Jelasnya lagi, daripada jumlah keseluruhan 3.88 juta permohonan diterima, 701 permohonan tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab seperti perbezaan nombor akaun bank, permohonan dibuat untuk ahli yang sudah meninggal dunia atau ahli sudah pun berumur 55 tahun berikutan layak untuk mengeluarkan kesemua simpanan KWSP mereka.

“KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa setiap aspek keselamatan diambil kira bagi mengelakkan pihak ketiga atau penipu yang tidak bertanggungjawab daripada membuat permohonan palsu dan menjejaskan simpanan persaraan ahli.

“KWSP juga ingin menasihatkan ahli untuk tidak berkongsi gambar atau dokumen berkaitan permohonan i-Sinar mereka di platform media sosial, kerana ia boleh mendedahkan mereka kepada penipuan dan aktiviti penipuan,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mengambil kira situasi semasa COVID-19, ahli adalah digalakkan untuk memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my dan tidak perlu hadir di cawangan KWSP.

Permohonan i-Sinar akan terus dibuka sehingga 30 Jun ini.-BH

Scammer jual nama kwsp i-Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker