Vaksin bukan ‘pasport’ melancong


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan menggunakan vaksin bagi mencegah penularan Covid-19 pada Mac ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, namun ia bergantung kepada secepat mana syarikat berkenaan memberi respon kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) berhubung persoalan dan isu yang diutarakan.

“Setakat ini hanya satu syarikat sudah menghantar permohonan dos kepada NPRA, kita jangkakan kelulusan vaksin adalah pada akhir Februari ini dan digunakan pada Mac.



“Keutamaan penggunaan vaksin adalah kepada pekerja barisan hadapan dan pekerja kesihatan, KKM juga kini sedang melihat prosedur operasi standard (SOP) vaksin terbabit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, vaksin adalah bukan pasport imuniti yang membolehkan individu untuk melancong selepas pengambilannya.

“Ia bermaksud jika seseorang sudah divaksin dia boleh ke mana-mana, kita masih melihat terutama dari segi keselamatan penggunaan mungkin dalam tempoh empat hingga enam bulan kita dapat lihat hasilnya,” katanya.

DR NOOR Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
DR NOOR Hisham ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. FOTO MOHD FADLI HAMZAH
Mengulas berhubung kluster yang dikesan, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kluster dikesan akibat aktiviti rentas daerah atau negeri dan sembilan kluster adalah disebabkan kegiatan aktiviti sosial.



“Kluster itu dikesan di Pahang, Perak, Sabah dan Kelantan. Jadi kita menasihatkan kepada orang ramai supaya mengamalkan amalan norma baharu,” katanya. HM

Rindu Nak Bercuti Ke Korea? Tengok Sini..7 Restoran Halal Ini Anda Wajib Kena Tahu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker