Fitnah kerjasama dengan DAP hanya mahu lemahkan UMNO


FITNAH kerjasama antara UMNO dan DAP sengaja dilakukan secara sistematik kerana mahu melemahkan parti itu.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, fitnah kerjasama dengan DAP dilakukan secara sistematik bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap parti UMNO.

“Fitnah terhadap UMNO kononnya hendak bekerjasama dengan DAP ini dilakukan secara licik oleh mereka yang mahu melemahkan UMNO secara sistematik dengan memainkan isu yang boleh membangkitkan sentimen marah orang Melayu terhadap UMNO.

“Jika ini berjaya maka berasaskan teori dan perencanaan mereka, orang Melayu akan beralih arah kepada parti Melayu lain yang mereka dokong,” kata Asyraf Wajdi.



Tegas beliau, tidak ada satu pun daripada 191 Bahagian UMNO yang selesai bersidang minggu ini tmengusulkan atau membincangkan soal keperluan untuk bekerjasama dengan DAP.

Justeru menurut beliau, Pemuda UMNO berpendirian tegas bahawa isu kerjasama dengan DAP tidak relevan untuk dibangkit dan dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi mahupun Perhimpunan Agung UMNO.

“Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal lagi konsisten dan tegas bahawa DAP adalah parti chauvinis yang tidak pernah mahu mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu-Bumiputera yang sudahpun termaktub dalam Perlembagaan,” kata Asyraf Wajdi.

Beliau mengulas poster palsu laporan berita kononnya menggesa pucuk pimpinan UMNO untuk mempercepatkan usaha kerjasama dengan DAP.



Bagaimanapun beberapa pemimpin UMNO termasuk terbaharu semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak mengetepikan kerjasama UMNO dengan mana-mana parti termasuk DAP.

Katanya, dalam politik kerjasama dengan mana-mana pihak bukan suatu yang mustahil.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik,” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa akan wujud satu gabungan antara BN, PKR, DAP dan Amanah. SM

50 tahun Rukun Negara: Mengingati sumbangan besar Khoo Kay Kim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker