12 Ketua Bahagian UMNO Kelantan Sokong Ahmad Jazlan, Peringatan Buat Bersatu
Dua belas daripada 14 pemimpin kanan Umno bahagian di Kelantan tampil menyatakan sokongan terhadap pengunduran mengejut ketua mereka daripada jawatan kerajaan semalam.
Dalam kenyataan bersama didahului Ketua Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, mereka menyifatkan keputusan Ahmad Jazlan Yaakob sebagai berprisip dan tidak mementingkan diri demi maruah parti.
“Pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti,” kata mereka.
Kumpulan itu juga menyifatkan tindakan itu sebagai peringatan kepada parti Bersatu supaya “jangan memperkecilkan dan membuli Umno seolah-olah parti ini tiada maruah”.
Kata Itu Kota: Pengerusi Umno Kelantan Letak Jawatan Pengerusi MPOB
Selain Tengku Razaleigh, kenyataan itu dikeluarkan bersama:
Mohd Fatmi Mohd Salleh
Timbalan pengerusi
Ketua bahagian Kota Bharu
Akbar bin Salim
Setiausaha
Ketua bahagian Rantau Panjang
Mohamed Zulkipli Omar
Bendahari
Ketua bahagian Kuala Krai
Zawawi Othman
Ketua Penerangan
Ketua bahagian Pasir Puteh
Zaluzi Sulaiman
Ketua bahagian Pengkalan Chepa
Zulkifli Abdullah
Ketua bahagian Tumpat
Ab Ghani Harun
Ketua bahagian Pasir Mas
Mohd Zain Yasim
Ketua bahagian Bachok
Abdul Aziz Derashid
Pemangku ketua bahagian Jeli
Bakri bin Yusoff
Pemangku ketua bahagian Kubang Kerian
Wan Mohd Adnan Wan Aziz
Timbalan ketua bahagian Machang