Anwar sangkal Mahathir: PR raih undi popular PRU 2013


Presiden PKR Anwar Ibrahim menolak dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan mendapat sokongan orang Melayu tanpa sokongan bekas perdana menteri itu.

Anwar menyebut contoh prestasi pembangkang pada tahun 2013 ketika dia memimpin gabungan Pakatan Rakyat (PR).

“Tak apalah. Dia (Dr Mahathir) terangkan tentang kehebatan dia. Tapi saya ingat Lim Kit Siang dah jawab cukup jelas.

“Kitapun tahun 2013, masa Tun (Mahathir) dan rakan-rakan Pejuang tu sebelah sana bersama BN kita dapat meraih 52 peratus sokongan rakyat,” katanya pada sidang media malam tadi.

Pada 2013, walaupun gabungan PR yang menggandingkan PKR, DAP dan PAS ketika itu menang 50.8 peratus undi popular tetapi pembangkang cuma memperolehi 82 kerusi parlimen.

Ini kerana ketidaksepadanan pengundi, yang memberi kelebihan kepada BN di kerusi pedesaaan dengan jumlah pengundi yang sedikit berbanding kerusi bandar yang padat penduduknya dan PR popular di kawasan itu.

Sebaliknya, pada 2018 ketika Mahathir dan Bersatu sebahagian PH, gabungan itu bersama-sama dengan Warisan menang 121 kerusi walaupun hanya memperoleh sekitar 48 peratus undi popular.

Kemenangan itu mempunyai beberapa faktor, termasuk peningkatan undi orang Melayu yang membolehkan PH merebut kerusi yang sebelumnya merupakan kubu kuat Umno.

Ini kerana sokongan terhadap Dr Mahathir, yang sudah dikenal ramai pengundi Melayu konservatif, dan menolak perdana menteri ketika itu, Najib Razak kerana skandal 1MDB.

PH juga meraih lebih banyak undi kerana mereka yang tidak menyokong parti-parti dalam gabungan itu memilih memecah undi antara BN dan PAS.

Mahathir, dalam wawancara bersama China Press minggu lalu, berkata PH tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengannya.

“Jadi, jika Anwar mengetepikan saya bermakna Anwar juga ketepikan sokongan Melayu, Anwar akan kalah,” katanya.

Bagaimanapun, sokongan terhadap PH telah merosot sejak 2019 lagi.

Pada pilihan raya kecil Slim, calon yang disokong Mahathir dan parti barunya Pejuang hanya memperoleh 13.9 peratus undi.

Ini lebih rendah daripada 33 peratus yang raih oleh Bersatu pada pilihan raya 2018.

Bagaimanapun, prestasi Anwar juga tidaklah lebih baik.

Pada pilihan raya kecil Rantau April 2019, walaupun Anwar bekerja keras turun padang berkempen, calon PKR Dr S Streram hanya memperoleh 35.8 peratus undi menentang penyandang kerusi daripada Umno dan bekas menteri besar Mohamad Hasan.

Pada PRU 2018, tiada pertandingan di Rantau setelah Streram disekat memasuki pusat penamaan calon.

Bagaimanapun, pola pengundian parlimen menunjukkan ketika itu, 48 peratus pengundi Rantau menyokong PH, manakala 45 peratus penyokong BN.

Meskipun Mahathir mengkritik, Anwar bagaimanapun menolak untuk mengatakan secara terang-terangan dia tidak akan bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.

“Tak apalah. Tun kita kenal lama. Biar saja lah. Yang penting PKR dan PH terbuka. Sesiapa saja, maana-mana parti yang terima dasar tata kelola, urus tadbir yang baik, tolak rasuah, kronisme, guna kuasa untuk perkayakan kelompok dan keluarga. Kalau setuju ini semua kita rangkul.

“Saya tak tidak mahu berbalah dengan Tun (Mahathir). Sebab kita kena tunggu, sekarang dia (begini)… Minggu depan mungkin lain. Jadi tunggulah,” jelas Anwar. Mk

https://mykmu.net/2017/01/31/pkr-dap-punca-pakatan-rakyat-pecah-bukan-pas-khairuddin/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker