PAS hadapi kesulitan kerana sertai PN tanpa persetujuan UMNO, kata Tajuddin

PASIR SALAK: Tindakan PAS menyertai Perikatan Nasional tanpa persetujuan UMNO untuk bersama parti serpihannya, PPBM, menyebabakan parti Islam itu kini terikat dalam keadaan yang menyulitkan, kata Pengarah Pilihan Raya Tajuddin Abdul Rahman.

Pemimpin UMNO itu mahu PAS selesaikan segala kesulitan yang terjadi kesan penyertaan mereka sebagai komponen PN, mengingatkan partinya mahu setia dengan janji bekerjasama dengan parti Islam itu dan tidak akan bertembung di kawasan yang sudah dipersetujui.

“Saya nak ingatkan kepada pemimpin PAS apa hukum berjanji. Janji mesti ditunaikan. Mereka sertai PN bersama PPBM itu tanpa persetujuan kita.

“Sekarang mereka (PAS) sudah terikat dalam keadaan begitu rupa dan menimbulkan kesulitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pasir Salak di Chenderong Balai dekat sini hari ini.

 

‘Calon PRU15 di Gombak perlu persetujuan Muafakat Nasional yang asal’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker