UMNO dan PAS setuju daftar MN secara rasmi

Umno dan PAS bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), selepas cadangan ini dibangkitkan dalam mesyuarat biro politik Umno sebelum ini.

Setiausaha Agung I Annuar Musa dan Setiausaha Agung II Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata, kepimpinan kedua-dua parti bersetuju untuk mengorak langkah itu, walaupun mesyuarat jawatankuasa perunding MN yang sepatutnya bertemu semalam ditangguhkan.

“Kepimpinan MN sudah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya hari ini.

Ketika ini, Umno mempunyai 39 ahli Parlimen manakala PAS pula memiliki 18 ahli Parlimen termasuk 8 memegang jawatan di peringkat eksekutif dalam pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker