Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Kedudukan empat ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan ditentukan berdasarkan undang-undang anti lompat parti.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu akan diambil di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.”Bersatu negeri Sabah kekal wujud dan berfungsi walaupun mantan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pengikutnya mengumumkan keluar parti.

“Badan Pimpinan Negeri, Bahagian dan Cawangan Bersatu di Sabah ditubuhkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan hanya MPT yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan parti untuk menentukan kedudukannya,” katanya menerusi Facebook pada Ahad.

Muhyiddin turut meluahkan kekecewaan terhadap sikap keempat-empat ahli Parlimen berkenaan yang disifatkan mengkhianati parti dan rakyat Sabah.

“Saya kecewa dengan sikap mantan kepimpinan Bersatu Negeri Sabah yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti yang telah meletakkan mereka pada kedudukan tinggi selepas Pilihan Raya Negeri Sabah lalu.

“Lebih-lebih lagi kemenangan mereka dalam PRN yang lalu adalah atas logo PN,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilantik Ketua Badan Pimpinan negeri Bersatu Sabah serta Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional (PN) Sabah.

Tambahnya, Ronald bertanggungjawab untuk menyelia dan menguruskan Bersatu dan PN Sabah sehingga penyusunan semula parti di negeri itu diputuskan oleh MPT Bersatu dan MT PN.

“Saya percaya ahli-ahli Bersatu di negeri Sabah yang setia dengan perjuangan parti akan terus kekal berada di dalam parti yang merupakan parti komponen Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan,” katanya.

Perkara 49A(1)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang ahli parlimen akan hilang kerusi Parlimennya sekiranya dia keluar dari partinya atau pun berhenti daripada menjadi ahli partinya.

Perkara 49A(2)(c) pula memperuntukkan seseorang ahli Parlimen itu tidak hilang kerusi parlimennya hanya kerana dia diusir oleh partinya.

Pada Sabtu, Hajiji yang juga Ketua Menteri mengumumkan beliau dan tiga lagi ahli Parlimen Bersatu Sabah meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Selain itu menurutnya, keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.

Ini katanya kerana di peringkat Persekutuan Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker