Gereja Sabah ke Mahkamah Persekutuan dalam isu ‘Allah’

Sidang Injil Borneo (SIB) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha memaksa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan dokumen yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”.

Peguam Tan Hooi Ping, yang turut menganggotai pasukan undang-undang SIB, berkata pihaknya memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu bulan lalu, selepas kes mereka ditolak Mahkamah Rayuan Oktober lalu.

“Kami sudah menyiapkan beberapa soalan perundangan untuk mendapat kebenaran mahkamah tertinggi sebelum merit rayuan dapat didengar.”

Tan berkata, pihaknya turut menulis kepada Mahkamah Rayuan bagi mendapatkan alasan penghakiman. Pendaftar Mahkamah Persekutuan menetapkan pengurusan kes pada 5 Mac.



“Pada masa sama, prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.”

Katanya, pengurusan kes semalam dikendalikan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Okt lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Suraya Othman menolak permohonan SIB untuk mendapatkan dokumen yang digunakan KDN bagi menyokong larangannya terhadap penggunaan kalimah “Allah” oleh gereja itu.

Suraya menyifatkan permohonan SIB tidak perlu, selepas mempertimbangkan dengan teliti hujahan dikemukakan.



Jika tiada rayuan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi akan mendengar merit kes berkenaan.

Prosiding rayuan ditangguhkan kira-kira tiga tahun kerana kumpulan gereja terbabit mengharapkan penyelesaian terhadap isu berkenaan di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

SIB dan Presidennya, Jerry Dusing memfailkan saman pada 10 Dis 2007, selepas tiga kotak buku pendidikan Kristian berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah “Allah” dirampas Jabatan Kastam di Terminal Tambang Rendah di Sepang pada Ogos 2007.

Buku itu dipulangkan kepada SIB pada Januari 2008.



SIB, bagaimanapun, memohon perisytiharan yang ia mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam penerbitan dan tujuan pendidikan. FMT

Polis tahan paderi Korea cabul lelaki OKU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker