‘Kamu patut dipenjarakan’ netizen Cina bidas pekebun haram Raub

 

BANGI, 12 Jamadilawal 1442H, Ahad – Laman Facebook Save Musang King Alliance (SAMKA) dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tras, Chow Yu Hui yang dibanjiri ratusan komen netizen Melayu telah membuka mata netizen Cina untuk turut mengkritik permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Kritikan dilakukan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 23 Disember lalu menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Yu Hui menyifatkan keputusan berkenaan sebagai mengecewakan.

“Hak masuk (ke tanah kebun) tidak diberikan, kami semua rasa hampa,” katanya.

Namun, ADUN DAP itu berkata, usaha mereka untuk tidak akan terhenti hari ini, bahkan pihaknya akan membuat rayuan.

Berang dengan perkara itu, pengguna Luo Gen berkata, beliau teringat bahawa kerajaan telah mengeluarkan buku kuning disebabkan khuatir nenek moyang mati kelaparan.

Beliau berkata, kandungan buku kuning itu secara jelas dan terang menyatakan bahawa tanah terbabit hanya digunakan secara sementara bagi menanam ubi keledek.

“Matlamatnya untuk golongan ini dengan anak-beranak mereka ada ubi dan daun ubi yang boleh ditumis buat makanan.

“Mana tahu golongan ini jadi tamak, diberi betis minta paha. Berhasrat nak duduk tanah kerajaan tanpa kebenaran.

“Tuhan nak tengok pun tak suka. Sekarang boleh dikatakan tuhan betul-betul melihat (memberi balasan setimpal). Orang Raub senyum dengan gembira tuhan melihat (memberikan balasan),” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan segala tanah yang ada akan dibolot meskipun hanya menanam beberapa batang pokok durian, sekiranya semua orang berkelakuan seperti SAMKA,

“Apa gunanya undang-undang negara ini? Kamu semua patut dipenjarakan, sejarah akan merekodkan kamu semua sebagai penjenayah,” tegasnya.

Selain itu, Zheng Wen Sheng yang turut berang dengan perlakuan SAMKA berkata: “Kamu semua pergilah mogok lapar di depan pintu istana selama tujuh hari.

“Kalau tak dapat juga tebang pokok, racunkan tanah, jangan buang masa,”

Turut sependapat, Jae Dee dalam tulisannya menggesa supaya pokok-pokok di tanah berkenaan ditebang.

“Balik tebang pokok sahajalah,” kata Xi Huang Chong.

Eric Law memberi komen: “Dulu tak jual durian murah. Sekarang tidak tahu sama ada patut atau tidak menyokong kalian,”

PAUTAN BERKAITAN: https://www.facebook.com/110522647436048/posts/172243614597284/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker