YES Databack, Shopee perkenal program Kasi Up


YTL Communication Sdn Bhd dan Shopee bekerjasama untuk memperkenalkan program ganjaran, Kasi Up yang mana pengguna prabayar dan pascabayar Yes boleh mendapatkan data percuma 5GB apabila mereka membelanjakan RM50 di Shopee.

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata, kerjasama itu bertujuan mewujudkan kitaran penggunaan yang baik dengan membolehkan rakyat mendapat lebih nilai sebagai balasan bagi setiap ringgit yang mereka belanjakan.

“Misi kami adalah untuk membantu pendigitalan negara melalui pelan yang paling berpatutan di pasaran, bermula dengan pelancaran inisiatif Kasi Up kami pada minggu lalu.

“Kami perlu membantu rakyat menerima ekonomi digital dan berada dalam talian. Ia adalah mengenai akses data dengan harga yang berpatutan dan mengenai pendemokrasian e-dagang, dengan mengambil telco yang terbaik dan menawarkannya di ruang niaga,” katanya selepas pembentangan maya mengenai inisiatif itu, semalam.

Sementara itu, Ketua Shopee Mall, Kenneth Soh berkata, pengguna Yes perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 di platform itu dan baucar penebusan data percuma 5GB akan dihantar melalui aplikasi Shopee pada akhir bulan.

Selain itu, mereka yang berbelanja RM120 pada Disember 2020 akan diberi ganjaran 10GB data percuma menjelang Januari 2021. HM

MARA, Shopee jalin kerjasama pasaran produk usahawan Bumiputera

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker