[VIDEO] Puncanya Kerana Meriam Buluh, Polis Ini Bunuh Jirannya Tanpa Belas Kasihan (Warga Emas Dan Anaknya)

Polis berpangkat Koperal menyerah diri di Filipina selepas menembak seorang wanita dan lelaki – ibu dan anak – dengan pistol polisnya.

Sonya Gregorio, 52, dan anaknya Frank, 25, ditembak oleh Koperal Jonel Nuezca dalam keadaan mangsa tidak bersenjata – pada petang Ahad. Video aksi tembakan itu dirakam dan diviralkan di media sosial.

Kejadian itu berlaku pada 5.10 petang waktu tempatan di sana, laporan polis dibuat pada 5.30 petang dan Nuezca menyerah diri pada 6.19 petang.



Tindakan ganas Jonel Nuezca itu membuatkan trending di Filipina meminta polis menghentikan keganasan ke atas orang awam dengan tanda pagar #StopTheKillingsPH and #JusticeForSonyaGregorio.

Video tersebut sangat ganas dan saya tak boleh secara direct berkongsi di sini. Jadi korang yang nak melihat boleh klik pautan ini:



VIDEO: Police brutality

(Amaran: Video in kategori 18SG sangat ganas dan mereka yang lemah semangat tak disarankan membukanya)

Menurut Kolonel Renante Cabico, Pengarah Polis di Tarlac, Nuezca bengang kerana mendengar bunyi bising yang dihasilkan oleh meriam buluh daripada Frank.

Menurut Rappler, di Filipina, majoriti masyarakat mereka adalah Kristian. Dan sekarang ini memang sudah menjadi kebiasaan mereka bermain meriam buluh pada bulan perayaan.

Nuezca pergi ke rumah keluarga Gregorio untuk menahan mereka. Namun Frank pada ketika itu dalam keadaan mabuk. Dan ibunya pula mempertahankan anaknya.



Nuzeca disahkan tidak bertugas / off duty pada hari itu. Dan baru kembali ke kampungnya selepas bertugas di makmal forensik di Parañaque City.

Dalam video tersebut Nuezca mengancam Sonya dan Frank dengan berkata: “Anak jalang [SOB], kau nak aku bunuh kau sekarang ke?”



Anak perempuan Nuezca yang masih kanak kanak berada di sebelah ayahnya dan menyaksikan sendiri konfrontasi itu. Dia dilihat mengeluarkan beberapa kata kata menyatakan bahawa; “Kau diam je la. Ayah aku seorang polis.” kata kanak kanak itu kepada ibu Frank.

Itu juga menjadi trending, kerana kesombongan kanak kanak itu yang menyatakan bahawa ayah dia seorang polis.

Ketua Polis di Paniqui, Lt. Col. Noriel Rombaoa, berkata: “Ada berlaku pertikaman lidah di antara anak, wanita warga emas dengan suspek.”



“Wanita dan anaknya itu mengutuk Nuezca dan dia hilang pertimbangan, lalu menembak mangsa.”

“Jelas sekali menerusi video itu, ianya jenayah bunuh, di mana mangsa tidak melawan. Kedua dua mangsa tidak bersenjata dan ianya benar benar satu pembunuhan.”

“Kita tak perlukan polis seperti ini. Dia menggunakan senjata untuk perkara yang kecil seperti ini. Jarak tembakan itu sangat dekat.”

“Dengan ini kita harus memberikan keadilan kepada mangsa.”

“Saya ingatkan kepada semua rakan sejawatan [polis], kita kena bijak mengawal diri dan sentiasa bertoleransi, kerana kita adalah pihak yang ada senjata.”

“Jika ada orang bertindak agresif kepada kita, kita boleh tahan mereka dan bukannya terus menggunkan sejata.”

Rambaoa menambah, Nuezca dan juga mangsa sebelum ini memang tidak sehaluan dan pernah bergaduh tentang isu melibatkan tanah.

Rumah Gregorio betul betul di belakang rumah Nuezca.

Senator Panfilo Lacson, mengecam tindakan ganas polis itu. Dan meminta agar tindakan serta merta diambil ke atas Nuezca.

“Saya menggesa Jabatan Polis Filipina untuk tidak menunjukkan simpati kepada Nuezca. Dia patut meringkuk dalam penjara untuk seumur hidupnya.”

“[Harap] dia menjadi polis terakhir yang dipenjara.”

Lacson juga mencadangkan agar kesemua polis menyerahkan senjata mereka ke balai polis setiap kali tamat bertugas.

“Polis seharusnya menyerahkan senjata dan kesemua kelengkapan senjata api apabila berstatus ‘off duty’.”

“Tiada sebarng permit harus dikeluarkan kepada mereka yang tidak bertugas walaupun mereka masih dalam jabatan polis.”

Ini bukan kes pertama di Filipina yang melibatkan kekejaman polis.

Pentadbiran Duterte dikenali dengan banyak siri kekejaman polis terutama sekali atas alasan membanteras dadah.

Sebelum ini di Kawit, 5 orang polis dipecat selepas mengheret seorang wanita keluar daripada rumahnya di hadapan anak wanita itu.

Pada April, polis menembak bekas tentera Winston Ragos yang dituduh melanggar kuarantin.



Kredit: Axello.net

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker