Seorang ayah meninggal dunia ditepi jalan bersama tiga orang anak

Seorang wanita yang baru selesai menghadiri temu duga di sebuah hospital swasta di Bangsar, Kuala Lumpur semalam, dikejutkan dengan tangisan anak sulungnya menerusi panggilan telefon memaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Wanita berkenaan, Nurul Ain Mohd. Razib, 31, berkata, sebelum kejadian, mereka sekeluarga telah merancang untuk pulang ke kampung halaman di Bercham, Perak namun perlu singgah sebentar di hospital berkenaan bagi menghadiri temu duga untuk jawatan sebagai jururawat.

Ketika kejadian, suami Nurul Ain, Allahyarham Mohd. Ashraf Rosli, 35, telah menunggu di kereta bersama tiga anak mereka yang masing-masing berusia 10 bulan, 3 tahun dan 6 tahun.



“Sepanjang perjalanan, kami berbual seperti biasa malah suami sempat memberikan kata-kata semangat agar lebih yakin ketika menghadapi temu duga namun ketika tiba di lobi hospital berkenaan suami mengadu mengalami sakit di bahagian hulu hati.

“Dua minggu lalu arwah ada mengadu mengalami sakit yang sama namun sakit tersebut berkurangan selepas mengambil ubat yang dibeli di farmasi,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Annuar Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan es itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker