Bekas Miss USA 2019 Dijumpai Mati Di Laluan Kaki Pangsapuri

Bekas Miss USA 2019 Dijumpai Mati Di Laluan Kaki Pangsapuri

NEW YORK CITY: Bekas Miss USA Cheslie Kryst dijumpai mati di laluan pejalan kaki bangunan pangsapuri bertingkat New York City pada pagi Ahad.

Difahamkan pemenang pertandingan ratu cantik 2019 itu memiliki satu unit pangsapuri di tingkat sembilan Orion Building di Manhattan di mana mayatnya ditemukan.

Wanita berusia 30 tahun itu kali terakhir dilihat di tingkat 29 bangunan itu sekitar jam 7 pagi, sumber memberitahu Daily Mail.

Keluarganya dalam satu kenyataan meluahkan rasa sedih atas pemergian Cheslie.

“Dengan penuh dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kami maklumkan pemergian Cheslie yang kami sayangi.

“Sinar kehebatannya adalah cahaya yang memberi inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia dengan kecantikan dan kekuatannya.

“Dia mengambil berat, dia menyayangi, dia ketawa, dan dia menyinari.

“Cheslie menjiwai kasih sayang dan memberikannya kepada yang lain, sama ada melalui kerjayanya sebagai peguam memperjuang keadilan sosial, sebagai Miss USA, dan sebagai hos di Extra.

“Tetapi paling penting, sebagai anak perempuan, kakak, rakan, mentor dan rakan sekerja – kami tahu impaknya akan berterusan,” kata keluarganya dalam kenyataan pada Ahad.

Bekas Miss North Carolina merupakan seorang peguam yang juga pernah bertugas sebagai wartawan rancangan Extra TV.

Hanya beberapa jam sebelum kematiannya, Kryst menulis di Instagram: “Semoga hari ini memberi anda ketenangan dan kedamaian.”

Kryst pernah meluahkan perasaannya di Facebook untuk Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 2019, menerangkan rutinnya dalam menghadapi tekanan.-AA

Bekas Miss USA 2019 Dijumpai Mati Di Laluan Kaki Pangsapuri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker