Paraglider alami kerosakan tersangkut atas pokok di Pantai Merdeka

Mangsa mengalami kecederaan ringan pada tangan serta badan dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut. -JBPM

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila ‘paraglider’ atau luncur layar yang dikemudinya mengalami kerosakan dan tersangkut di atas pokok.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang tadi, lelaki itu tergantung pada ketinggian hampir 10 meter di Pantai Merdeka, Sungai Petani.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati mangsa sedang tersangkut di atas pokok. Mangsa kemudian berjaya diturunkan tidak lama kemudian dengan bantuan orang awam.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan pada tangan serta badan dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut,” katanya.

Leave a Reply