PPBM perlu jujur, jangan pecah belahkan parti-parti dalam PN



Sebaran :

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu mengulangi penubuhan gabungan besar membabitkan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana gabungan tersebut telah wujud dan kerajaan hari ini juga wujud atas kesepakatan yang dibuat oleh pemimpin parti terbabit.

Sebaliknya, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, Bersatu sebagai ‘abang besar’ dalam kerajaan perlu fokus membantu memperkasakan BN, Pas dan GPS bagi berhadapan dengan pakatan pembangkang pada PRU-15.



Malah, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera melibatkan kesemua kepimpinan parti kerajaan dalam semua perkara dasar yang membabitkan kepentingan negara dan rakyat.

Ini termasuk isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium yang dituntut oleh rakyat melalui suara Ahli Parlimen BN hingga saat ini belum dimuktamadkan lagi, ujarnya.

”Apa sahaja cadangan yang baik dari parti kerajaan perlu dibincangkan dan dipastikan ianya dapat dijayakan bagi terus memberikan keyakinan kepada rakyat akan kemantapan kerajaan PN,” katanya.



Tambahnya, pembangkang tidak akan pernah berhenti dari terus memecah belahkan kesepakatan yang dibuat parti kerajaan dan PH juga tidak pernah berhenti menghasut rakyat untuk menolak gabungan besar yang ada dalam kerajaan.

Menurutnya, rakyat sudah tolak PH dan rakyat boleh menerima kerajaan hari ini yang dibentuk bukan melalui mandat rakyat maka wajarlah kepimpinan kerajaan terutama dari parti Bersatu tidak melakukan perpecahan.

Bersatu perlu jujur dalam gagasan besar ini supaya sesama parti membina kepercayaan antara satu sama lain dalam memikul amanah rakyat, tambah beliau. MG



Dalam gabungan besar Bersatu perlu jujur sebagai ‘Abang Besar’


Sebaran :


Leave a Reply