3 kluster baharu dikesan di 4 negeri

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengenalpasti tiga kluster baru membabitkan empat negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur, Selangor, dan Terengganu.

Kluster Bukit Gemok dikesan di daerah Tawau, Sabah; Tapak Bina Cendana membabitkan Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras di Kuala Lumpur; manakala Dang Mutiara dilapor di daerah Gombak, Selangor serta daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks bagi Kluster Bukit Gemok dilapor positif pada 5 Dis hasil saringan individu bergejala.



“Setakat hari ini, seramai 71 individu disaring yang mana 10 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Virus selesema baharu dikesan di China, berisiko pandemik

Set featured image



Bagi Kluster Tapak Bina Cendana, beliau berkata, kes awal bagi kluster ini dilapor positif pada 10 Dis hasil saringan bersasar di tempat kerja membabitkan sebuah tapak binaan.

“Sehingga tengah hari tadi, sebanyak 11 kes dikesan positif dalam kluster ini yang melibatkan satu warganegara dan 10 bukan warganegara.”

Kluster terakhir, Dang Mutiara yang dikesan di Selangor dan Terengganu, kes indeks bagi kluster ini dilapor positif pada 9 Dis hasil saringan ‘sign on’ pelantar minyak.

“Setakat hari ini, 10 kes dikesan positif menerusi saringan terhadap 102 individu.”



Sehingga hari ini, sebanyak 410 kluster dilaporkan termasuk tiga kluster baharu pada hari ini.

“Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 221 kluster termasuk empat kluster yang tamat iaitu Kluster Abell di Sarawak, Kluster Seridana di Putrajaya serta Kluster Limbungan dan Kluster Bina Labuan di Labuan.”

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster.”

Apandi heret Dr M, kerajaan ke mahkamah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker