Hadi Awang mohon menghadap Sultan Perak?

IPOH: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang difahamkan bakal menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menerusi surat yang kini tular di media sosial, Abdul Hadi dilapor memohon untuk menyembah maklum kedudukan Pas berkait krisis politik yang melanda negeri ini.
“Sehubungan itu, antara tujuan saya memohon menghadap Kebawah Duli Tuanku adalah bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Parti Islam Se-Malaysia (Pas).
“Saya bersedia menghadap pada tarikh, masa dan tempat yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku,” memetik surat bertarikh 10 Disember (semalam) yang ditandatangani Abdul Hadi.
Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan berkenaan surat tersebut dari pihak Pas dan perincian berkait majlis menghadap dari pihak istana.

Surat yang tular di media sosial mengatakan Abdul Hadi memohon menghadap Sultan Perak.

Surat yang tular di media sosial mengatakan Abdul Hadi memohon menghadap Sultan Perak.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker