CEO KWSP dah give up?

 

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengalah (give up) dengan isu pengeluaran Skim i-Sinar yang masih belum memuaskan hati pecarum-pencarum di negara ini.

Lantaran itu, Tunku Alizakri didakwa ‘menendang bola’ kepada Lembaga Pengarah KWSP dan Menteri Kewangan dalam menangani isu tersebut.



Ia susulan kenyataan terbaharu KWSP malam tadi yang memaklumkan organisasi itu sentiasa mengambil berat setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

kwspMenurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Kata KWSP lagi, berhubung permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat di bawah kemudahan i-Sinar, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada perhatian dan pandangan Kementerian Kewangan.

”Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tendang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan.



”Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi,” kata Najib lagi. MG

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker